Ahad, 5 Mei 2013

BAHAN SASTERA

PROSA KLASIK



HIKAYAT SERI KELANTAN
Maka sekalian inang dayang pengasuh itu takut mendengar sabda Sultan Abdullah laluinang pengasuh yang ramai-ramai duduk mesyuarat sekalian.Maka kata seorang yangramai itu, “Adakah tiada Encik Siti itu masa ia tinggal itu beri satu/kesaktian kepadaTuan Puteri Sa’dung itu kerana Tuan Puteri Sa’dung itu anak angkat Encik Siti?”Maka tiadalah siapa-siapa tahu seorang pun melainkan inang yang busu seorangmenyahut ,katanya, “Ada juga aku dengar masa Tuan Puteri Sa’dung duduk bercekap-cekap dengan aku berpesan demikian bunyinya;jikalau aku mati berdarah,kamu ambillahsatu jembul di dalam sanggulku ini;maka dalam jembul itu berisi air mawar pemberiandaripada Encik Siti.Maka Encik Siti dapat daripada Tuan Puteri Maning Berembung.”Maka tatkala itu mendengarlah sekaliannya seperti kata inang yang busu itu,makasekalian itu pun masuk pergi dekat mayat Tuan Puteri Sa’dung yang duduk tudungitu,lalu dibuka kain tudung mayat Tuan Puteri Sa’dung itu.Maka sekalian itu punhairanlah akan dirinya melihat mayat itu rupanya seperti orang tidur jendera.Makatatkala itu inang yang busu itu pun rombak sanggul Tuan Puteri Sa’dung itu lalu diambil jembul yang di dalam sanggul itu seperti pesanan tuan puteri itu kepadanya betullah. (1)


Maka inang yang busu pun berkatalah kepada inang yang ramai-ramai itu ,“sebagaimana kita hendak buat air mawar yang dalam jembul ini kerana aku tiada pandai.”Lalu dijawab oleh inang yang tua itu, “aku dengar khabar cetera daripada orang tua-tua dahulu kala,air mawar itu disapukan kepada tubuh orang yang mati dan mata lukaitu,nescaya mata luka itu pun sembuh dan yang mati itu pun hidup balik dan anggotayang bercerai itu pun boleh bertangkup balik.”Maka tatkala itu inang yang busu mendengar kata inang yang tua itu lalu ia pun ambilkepada Tuan Puteri Sa’dung/yang sudah bercerai itu pergi bertangkup balik dengan badantuan Puteri Sa’dung itu.kemudian diambil satu piring emas dicurahkan air mawar itu kedalam piring itu.Kemudian diambil kapas ,dicelupkan ke dalam air mawar itu laludicomor kepada leher Tuan Puteri Sa’dung itu,tempat mata lukanya ,dan dicomorkankepada tubuh badan sekaliannya itu.Setelah sudah dicomor itu,lalu diambil kain kuningditudung kepada Tuan Puteri Sa’dung itu.Kemudian lepas tudung itu lalu Tuan Puteri Sa’dung pun bergerak-gerak lalu bersin;kemudian maka hiduplah seperti sedia kalanya,serta bangunlah Tuan PuteriSa’dung serta minta beri kepadanya air daripada inang yang busu itu,hendak buat basuhmukanya,serta bersabda kepada sekalian dayang-dayang dan inang dan pengasuh yangramai-ramai itu, “Ke manakah pergi Kakanda Sultan Abdullah itu?”Maka sembah inangsekalian,kakanda Tuanku Sultan Abdullah itu duduk bersuka-sukaan di dalam anjung(2)istana dengan isterinya.Maka sudah tujuh hari tiada keluar ke balai  penghadapan.Makadibalai penghadapan pun sunyi senyaplah.Lalu tuan puteri pun diam tidak bersabda apa-apa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan